Emas dilihat
sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut
mengatasi masalah ekonominya. Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified
Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan
harga emas kepada AS$2,500 seauns. Sejak 10 tahun lalu harga emas telah
meningkat sebanyak 700 peratus (%).
Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku
di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro. Setakat ini Portugal,
Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan
kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan
kebimbangan para pelabur.
Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu
menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu
gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti
emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99. Apabila barang kemas dijual balik
potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh
itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.
Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah
mencecah AS$1,800. Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan
koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya. Keahlian keseluruhan koperasi di
negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat
meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan
emas.
Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan
penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan. Pada
waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar
maksimum selama 6 bulan. Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman
untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli
diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit
faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.
Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa
koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio
pelaburannya iaitu Angkasa. Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal
menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini.
Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas
tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang
Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan
untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas. Inilah
satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta
mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh
ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.
No comments:
Post a Comment