A)Bagaimana Menjana Keuntungan Melalui Kemudahan Ar-Rahnu??
Baiklah, kali ini saya akan berkongsi dengan anda tentang teknik menjana keuntungan dengan kemudahan Ar-Rahnu secara jelas dan mudah. Ini kerana, melalui pemerhatian saya masih terdapat kekeliruan yang wujud kepada sesetengah individu yang mahu menggunakan teknik pajakan untuk melipat gandakan lagi keuntungan dari pelaburan Emas mereka. Kekeliruan ini wujud kerana mereka tidak mengkaji dan memahami terlebih dahulu cara sebenar untuk melaksanakan teknik pajakan ini. Mereka terlalu ghairah dalam mengejar keuntungan dan hanya ikut-ikut sahaja tanpa mendapatkan maklumat yang lengkap. Pada akhirnya duit pinjaman Arrahnu dibelanjakan , upah simpan tidak dapat dijelaskan dan Emas pula akan dilelong. Saya tidak nafikan terdapat juga sesetengah blog tidak telus dalam menerangkan bagaimana teknik ini dilaksanakan langkah demi langkah memajak dan menebus kembali sehingga anda sendiri terperangkap. Cth: "klu ko rasa nak pajak lagi ko buatlah sampai abis licin...heheheh"
Berikut ialah 2 objektif mengapa anda perlu membuat pajakan Ar-Rahnu:-
Untuk mendapatkan pusingan modal perniagaan atau pelaburan.
Untuk menjana keuntungan dari modal asal secara berperingkat.
Tips membuat pajakan Ar-Rahnu:-
Kenal pasti objektif anda terlebih dahulu.
Pastikan anda membeli emas permulaan dengan kuantiti yang kecil.(10gm/20gm). Ini bertujuan memudahkan anda menebusnya pada masa akan datang kerana nilainya adalah kecil. Cth; Jika modal anda RM50K, belikan emas dalam range produk yang kecil iaitu 10gm * Z keping + 20gm*Y keping.
Pajakkan sebahagian kepingan Emas anda dengan kaedah SATU ITEM SATU SURAT PAJAKAN dan tinggalkan satu keping Emas didalam simpanan anda sebagai modal tebusan. Kesilapan umum, mereka memajakkan kesemua Emas mereka dalam satu surat pajakan sahaja. Ini menyukarkan mereka menebus Emas satu persatu. Lebih parah, mereka memajak kesemua tanpa memegang sekeping Emas untuk modal tebusan.
Berikut ialah huraian teknik untuk objektif yang pertama seperti yang dinyatakan diatas.
Langkah pertama: Buat pembelian emas pertama anda menggunakan keseluruhan modal dalam variasi Emas berkuantiti kecil.
Langkah kedua: Pajakan setiap Emas anda dengan teknik Satu Item Satu Surat Pajakan. Simpan kepingan terakhir untuk modal tebusan untuk masa akan datang.
Langkah ketiga: Gunakan pinjaman tunai Ar-Rahnu hasil dari pajakan anda untuk digunakan sebagai pusingan modal perniagaan/pelaburan untuk anda melipat gandakan keuntungan.
Langkah keempat: Bayar TOTAL upah simpan untuk kesemua Emas pajakan anda untuk menyambung pajakan dan juga mengelakkan dari Emas anda dilelong.
Langkah kelima: Untuk menebus kembali Emas anda, gunakan Emas yang berada dalam simpanan anda sebagai modal tebusan. Jualkan Emas itu dan gunakan cash itu untuk menebus kembali Emas anda satu persatu sehingga selesai.
Berikut ialah huraian teknik untuk objektif yang kedua seperti yang dinyatakan diatas.
Teknik ini juga sinonim dengan panggilan REMPIT EMAS. Teknik ini hanya sesuai dibuat apabila trend harga Emas menurun sahaja!! Apabila harga Emas menunjukkan trend penurunan, anda boleh lakukan langkah2 dibawah untuk menggandakan lagi keuntungan anda.
Langkah pertama: Pajakkan kesemua Emas anda Satu Item Satu Surat dan dapatkan tunai.
Langkah kedua: Gunakan kesemua tunai hasil dari pajakan Emas tadi untuk membeli lagi Emas pada harga yang rendah.
Langkah ketiga: Pajakkan semula Emas yang anda beli tadi (Satu Item Satu Surat) dan dapatkan tunai.
Langkah keempat: Ulangi Langkah kedua dan ketiga sehingga nilai pajakan anda tidak dapat membeli Emas lagi. Pastikan pada akhirnya anda menyimpan satu keping Emas sebagai modal tebusan.
Langkah kelima: Apabila harga Emas kembali melonjak. Jualkan Emas terakhir yang berada dalam simpanan anda untuk mendapatkan tunai.
Langkah keenam: Gunakan tunai itu untuk menebus Emas anda satu persatu. Ulangi proses ini sehingga kesemua Emas anda selesai ditebus. Dan pada akhirnya, anda telah meraih keuntungan hasil dari modal permulaan anda yang sedikit.
Kesimpulan:
1) Teknik pajakan yang pertama amat membantu anda untuk membuat pusingan modal perniagaan Emas atau pelaburan Emas VS ASB. Teknik yang mudah difahami dan mudah diuruskan.
2)Teknik pajakan kedua adalah lebih "tricky" dan "complicated". Kegagalan anda untuk memahami teknik ini dengan baik boleh membuatkan anda terperangkap didalam kemudahan Pajakan Arrahnu itu sendiri.
3)Teknik pajakan kedua bergantung pada tempoh masa perubahan trenda harga emas. Jika harga Emas memakan masa yang lama untuk memulakan trend kenaikkannya kembali. Maka anda menanggung upah simpan yang tinggi bagi setiap Emas pajakan anda. Kegagalan menjelaskan upah simpan membuatkan Emas anda akan dilelong.
Oleh itu, sebelum membuat sesuatu pajakan menggunakan Emas anda, teliti dahulu sebab-sebab mengapa anda perlu memajak. Jika tiada keperluan, lebih baik Emas anda hanya disimpan. Anda tidak rugi apa2 jika anda tidak membuat teknik pajakan. Tetapi anda lebih berisiko untuk rugi jika anda melakukan teknik pajakan tanpa anda memahami kaedahnya dengan betul. Semoga dengan penerangan yang jelas ini dapat memberikan anda panduan dalam menjana keuntungan dari fasiliti Ar-Rahnu. Saya hanya memberikan idea dan konsep teknik-teknik diatas. Untuk pengiraan yang tepat anda boleh buatkan pengiraan sendiri dengan memasukkan amount pembelian, pajakan dan upah simpan dengan tepat. Selamat mencuba!!
B)Bagaimana menjana keuntungan "Cashflow" dari Emas anda.
Bila saya cakap tentang Cashflow, maksudnya saya bercakap tentang cara bagaimana nak menjana keuntungan jangka pendek untuk anda dapatkan duit poket.
Ok, caranya begini, contoh anda ada 10 barang kemas 10 gram dalam simpanan anda yang dibeli pada harga RM1800 setiap satu. Sementara menunggu harga emas naik dan mencecah target, sampaikan kebaikan membuat simpanan Emas pada keluarga atau kawan2 anda. Dan apabila mereka berminat untuk membeli emas, sebagai dealer jualkan emas anda dan kembali lock (harga sell jabir emas) yang baru atau beli 1 barang dari kawan2 anda pada harga buy. Ulang proses berkenaan sehingga kenaikkan harga emas mencecah target keuntungan anda. Apabila sudah mencapai target keuntungan anda, jualkan semua 10 barang kemas tersebut pada rakan2 anda pada harga Sell (sekaligus/berperingkat) dan kira keuntungan anda. Jika tiada buyer, jualkan pada jabir emas pada harga buy (tunggu lepas spread).
Anda boleh memperoleh untung komisyen dengan mengulangi menjual barang tersebut dan lock kembali sementara menunggu target anda sampai ataupun membeli semula emas customer anda pada harga buy. Anda juga boleh menjual barang tersebut secara berperingkat untuk menuggu menjual pada harga yang tinggi. Pendek kata macam2 ada!hehe
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment