GOLD VS DOLLAR

KAMI MENGALU-ALUKAN DEALER DI SELURUH MALAYSIA BERSAMA KAMI

Salam buat kawan-kawan pengerak, peminat, penjual, serta pembeli emas yang kami hormati. Kami di JABIR EMAS amat mengalukan dealer-dealer untuk bersama-sama kami berkongsi keuntungan dengan kami bagi memasarkan product kami....benar kami adalah pembekal baru dalam perniagaan ini. Namun kami mempunyai cita-cita dan iltizam yang amat tinggi meneraju perniagaan ini.Apa yang boleh kami janjikan kepada anda ialah harga yang kami tawarkan akan sentiasa terendah di antara pembekal lain....ITU JANJI kami...kerana kami memahami usaha mencari client bukanlah suatu kerja yang mudah.... kami juga seperti anda yang bermula dari bawah. Kerna itu kami cukup memahami segala usaha anda menggerakkan masyarakat kita menyedari pentingnya memulakan tabungan wang dengan menyimpan emas serta menggunakan emas sebagai medium pelaburan yang selamat...masyarakat di luar sana ternanti-natikan segala kepakaran dan juga curahan ilmu permainan serta pelaburan emas dari dada anda. Kami juga amat mengalu-alukan segala pandangan dan nasihat dari anda semua demi memperbaiki perkhidmatan kami dari semasa ke semasa supaya segala yang kami tawarkan kepada anda akan memuaskan hati anda semua sewaktu berurusan dengan kami....sekian.....semoga tali silaturrahim antara kita akan kekal berpanjangan INSYALLAH...AMIN

PRODUCT KAMI...GELANG EMAS 999 DAN 916, 50G, 30G, 20G

SEDIKIT MAKLUMAN TENTANG ZAKAT EMAS PERAK


Zakat emas dan perak ialah zakat yang dikenakan ke atas beberapa jenis logam berharga, iaitu emas dan perak. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
” Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (agama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. ” – (Surah At-Taubah: 34)[1]
” (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu. ” – (Surah At-Taubah: 35)[2]EmasZakat emas dikira dalam dua keadaan.
  1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) – yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%
  2. Emas yang dipakai – (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Perak
Beza zakat perak dengan emas cuma nilai nisabnya iaitu 595 gram

KENAPA EMAS JADI PILIHAN PELABURAN MASA KINI

Sejak beberapa ribu tahun dulu lagi, emas telah dinilai berdasarkan keunikan dan kecantikan yang ada pada fizikal emas itu sendiri, dan yang paling utama, emas mempunyai karakteristik yang unik untuk dijadikan aset simpanan yang berharga.
Kestabilan ekonomi sesebuah Negara ada naik dan turun nya, namun nilai emas sentiasa kukuh dan stabil.
Oleh kerana pergolakan ekonomi Dunia yang kini tidak dapa

t di duga , ramai pelabur telah beralih kepada pelaburan emas. Ini kerana nilai emas berada di luar lingkungan atau pengaruh ekonomi.
Selain itu emas juga merupakan eset yang boleh dicairkan pada bila-bila masa tanpa memerlukan kepada sebarang pergantungan.
Selain daripada itu terdapat lagi kelebihan emas yang tidak kurang pentingnya. Kelebihan itu ialah kestabilan nilai emas mengikut prestasi hari-hari yang mana ia mempengaruhi profail pelabur.
Kelebihan ini jugalah yang menyebabkan ramai pakar kewangan profesional dan juga pelabur-pelabur yang berpengalaman diseluruh dunia bertukar kepada pelaburan emas.

GANDAKAN NILAI HARTA DENGAN MELABUR EMAS



Emas dilihat sebagai pelaburan yang selamat memandangkan ketidakupayaan kerajaan tersebut mengatasi masalah ekonominya. Tindakan pelabur ini telah membuatkan Certified Gold Exchange dan J.P.Morgan Chase & Co mengemaskinikan ramalan kenaikan harga emas kepada AS$2,500 seauns. Sejak 10 tahun lalu harga emas telah meningkat sebanyak 700 peratus (%).


Kebimbangan pelabur bukan saja tertumpu kepada apa yang sedang berlaku di Amerika tetapi merebak kepada krisis hutang euro. Setakat ini Portugal, Ireland, Greece, Sepanyol dan Itali telah mengalami masalah defisit dan kemasukkan Itali, ekonomi ketiga terbesar di Eropah telah menambahkan kebimbangan para pelabur.

Beralih kepada pelaburan emas di Malaysia, pelaburan emas belum begitu menyerlah terutama sekali di kalangan orang Melayu. Kebanyakan orang Melayu gemar membeli barang kemas yang dicampurkan dengan logam lain dan bukan seperti emas ketul yang ketulenannya di paras 999.99. Apabila barang kemas dijual balik potongan sebanyak 30 sehingga 40 peratus dikenakan daripada harga semasa. Oleh itu ada baiknya melabur dengan emas yang ketulenannya 999.99.

Kita lihat lima tahun dulu harga emas seauns ialah AS$520 dan hari ini sudah mencecah AS$1,800. Pelaburan inilah yang bukan saja boleh menguntungkan koperasi sendiri tetapi juga ahli-ahlinya. Keahlian keseluruhan koperasi di negara kita tidak kurang daripada 8 juta orang. Bayangkan kita dapat meningkatkan kekayaan orang Melayu berlipat kali ganda apabila melabur dengan emas.

Memang benar sistem ArRahnu sudah lama diwujudkan selaku pajak gadai Islam dan penggadai memperoleh setakat 65% daripada nilai emas yang dipajakkan. Pada waktu yang sama upah simpan antara 0.5 sehingga 1% dikenakan untuk kadar maksimum selama 6 bulan. Bagi pihak koperasi, ia boleh memberikan pinjaman untuk membeli emas yang disimpan selaku cagaran oleh koperasi dan ahli diberikan 65% daripada nilai emas yang disimpan dan boleh mengenakan sedikit faedah yang jauh lebih rendah daripada upah simpan melalui ArRahnu.

Kita mempunyai satu-satunya badan koperasi yang memiliki kaitan dengan beberapa koperasi yang lain dan diurus dengan betul serta berhati-hati dalam porfolio pelaburannya iaitu Angkasa. Angkasa boleh mengambil langkah awal ini yang bakal menguntungkan sejumlah besar keahlian koperasi negara ini.
Sekian lama orang Melayu tidak begitu mengambil berat tentang pelaburan emas tulen ini dan banyak pengaruh seperti FOREX yang mengalih perhatian orang Melayu kepada satu-satu pelaburan yang berisiko tinggi.
Sekarang majlis penerangan tentang pelaburan emas sedang giat dikendalikan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pelaburan emas. Inilah satu-satunya peluang bagi masyarakat Melayu melipatkan gandakan nilai harta mereka. Usaha-usaha yang lepas telah menunjukkan yang kita masih lagi jauh ketinggalan dari segi memiliki kekayaan.