Beberapa minggu lalu, Agrobank telah menukar polisi perkhidmatan Ar-Rahnu mereka dan ada kemungkinan syarikat-syarikat Ar-Rahnu lain akan menyusul kemudian, polisi yang paling menjejaskan pelabur emas ialah apabila pelabur tidak dibenarkan overlap semula selepas tempoh pajakan tamat kecuali terpaksa keluarkan emas yang disimpan terlebih dahulu sebelum dipajak kembali. Yang menjadi masalah ialah apabila kita kekurangan modal untuk tebus, dan jika dapat tebus sekalipun, kita masih terikat dengan jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM10,000.00 sebulan. Setakat RM10,000, baru dapat pajak dalam 60-70gram emas, jadi yang ada beratus-ratus gram emas tu bagaimana? keadaan sekarang rasanya seperti diluah mati mak, ditelan mati bapak, nak jual emas sayang takut harga akan naik lagi, jika tak dijual, bank akan call setiap bulan suruh kita tebus.
Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, kami ringkaskan sedikit dibawah
Bagi yang masih blur-blur polisi yang diubah, kami ringkaskan sedikit dibawah
- Maksimum pinjaman setiap individu sebulan tidak melebihi RM10,000.00
- Berat maksimum item (Rantai Leher : 35gram, Rantai Tangan : 25 gram. Rantai Kaki: 15gram)
- Boleh renew surat, tapi kena tebus keluar dahulu dan baru boleh pajak balik
- Maksimum pinjaman cuma 60% sahaja, sebelum ni 70%
Itu antara syarat baru Agrobank yang kami ingat seperti surat yang diterima tempohari, dahla harga emas tengah jatuh sekarang, Agrobank boleh pulak menukar polisi mereka secara tiba-tiba. Jadi, bagaimana nak setelkan masalah ini, kami tak fikir ada penyelesai yang terbaik, tetapi just cuba nak share beberapa cara yang mungkin kita boleh kongsi dan bincang
Cara Pertama.
Oleh kerana polisi ini diubah secara tiba-tiba dan rasanya sangat menekan pelabur, kita boleh buat aduan kepada Bank Negara, mungkin mereka layan atau tidak, tetapi tidak salah mencuba, lagi banyak aduan, lagi Bank Negara akan beri perhatian, tak perlu susah datang KL, masuk je laman web BNM, kat situ ada borang aduan, cerita masalah dan click send. Selang beberapa hari jika kita bernasib baik, pegawai Bank Negara mungkin akan reply dan meminta Agrobank memberi surat tunjuk sebab. Cara ni kena ramai-ramai buat, jika 1-2 orang je, senyum je pegawai bank balas surat copy paste, tapi kalau ramai-ramai buat confirm letih mereka nak cop setem, ke mcm mana?. just satu je, jangan inform kami ajar, kami bagi cadangan je, x paksa. Jika berhasil dan Agrobank tarik semula polisi baru mereka, bolehlah kita senyum balik dan harap harga emas akan terus naik..
Cara Kedua.
Buat personal loan, keluarkan emas dari Ar-Rahnu dan simpan kat tangan sendiri, tetapi jika kita ada cash banyak, boleh je keluarkan tanpa buat loan. Loan paling senang nak buat untuk swasta adalah dengan MBF Loan ataupun AEON Services, jika kerajaan, bank rakyat, koperasi, etc2 (google je), dan please jangan guna khidmat Abglong, better contact kami je dari contact abanglong. Lepas dah tebus keluar, jika rasa rumah selamat, boleh simpan kat rumah, tapi jika rasa tak, simpan emas di security box paling senang di Agrobank HQ etc caj murah je, cuma RM70 setahun. Cara lebih lebih baik dari bayar upah simpan Ar-Rahnu 0.75% sebulan (bagi yang ada emas dalam jumlah yg banyak), so kita boleh simpan lebih lama dan tunggu harga emas naik baru jual.
Cara ketiga
Jika cara kedua tak dapat jugak, xde cara lain, terpaksa jual emas tu..tetapi nak jual pada harga sekarang memang sayanglah, harga emas tengah rendah. Kita tak tahu esok lusa harga emas akan naik atau tidak, jika jual confirm habis emas yang disimpan selama ni, jika tak jual nanti kena bayar upah simpan kat bank setiap bulan. Bayangkan jika terus bayar upah simpan maknanya jika campur tolak bahagi darab, kos beli kita dulu meningkat, dari dulu beli RM170/gram bila campur upah simpan dah jadi RM180/gram, perasan tak, harga emas dunia tengah turun, tp kita naikkan lagi modal kita beli dengan bayar upah simpan , tak rasa macam rugi ke?
Cara keempat
Jika kita masih menanti harga yang sesuai sebelum jual, sebenarnya penantian kita tu memakan masa, dan dalam masa itu, upah simpan pun bertambah, jadi sama je macam diatas , kos kita beli dulu pun turut naik. Sementara kita sedang berfikir cara terbaik untuk elak kerugian kita sebenarnya sedang rugi. Jadi cara yang paling hyper-aktif kami dapat fikir adalah dengan melelong emas yang disimpan dan mudah-mudahan ada mereka berminat membeli lebih tinggi dari harga lebur emas sekarang. Kami yakin masih ramai yang masih sedang google-google untuk beli emas, pembeli baru sama seperti anda dulu akan cari seller yang dapat jual pada harga terendah, sekurang-kurangnya lebih rendah dari dijual di kedai, jadi dari anda jual harga lebur, lebih baik jual pada harga lelong. carilah kekawan yang sanggup membeli pada harga yang kurang merugikan kita...........Hubungilah JABIR EMAS.......